Tip-tip Pilih Sport Rim kereta

Secara umum, langkah pertama dalam pengubahsuaian kenderaan biasanya bermula dengan menukar rim tayar standard kepada sport rim. Sebabnya, dengan hanya menukar sport rim sahaja perwatakannya sesebuah kereta terus berubah dari wajah standard kepada nampak lebih garang dan nampak racing
atau dari wajah standard kepada nampak lebih klasik atau lebih kearah VIP (berangan tak salah)

Antara kelebihan menggunakan rim sport ialah.

a-memantapkan kenderaan terutama ketika mengambil selekoh memandangkan tayar yang berukuran lebih lebar.

b-Pemasangan rim sport juga meningkatkan keyakinan pemandu ketika membrek memandangkan kenderaan sentiasa berada pada kedudukan yang cukup seimbang.

1-Perkara utama, itu, pastikan rim yang ingin dibeli benar-benar sesuai dengan spesifikasi kereta. Biasanya pemilik akan menukar 2 inci ke 3 inci lebih besar daripada saiz rim asal
Kalau kereta cc 1.3 (sport rim digunakan 14 inci )
Kalau kereta cc 1.3-1.6 (sport rim digunakan 15 inci )
Kalau kereta cc 1.6-2000 (sport rim digunakan 16 inci )
Pastu kalau kereta 2000cc keatas akan capai max sehingga 21 inci.

2-Sila dapatkan nasihat daripada kedai tayar untuk mendapatkan saiz rim dan tayar yang sesuai untuk kereta anda. Pastikan lebar rim sesuai dengan tayar yg nak digunakan tidak banyak berbeza dengan ukuran asal apabila anda menukar rim asal dengan rim sport.
Back To point Soalan Anda :

3-Pastikan tayar yang dipasang sesuai dengan ruang tayar pada kereta. Sebagai contoh kalau guna sport rim besar tentu tayar tukar size besar jugak, sagat tetap akan sagat pada body, boleh rosak bunga pada tayar
Sebelum membeli sport rim kita perlu menganggar ukuran antara rim dengan tayar kereta bagi mengelakkan tersalah membeli rim.

Cara mengukurnya ,
- betulkan kedudukan tayar dalam keadaan lurus, ukur ketinggian maksimum antara tanah dengan ruang tayar.
-Pasang sport rim dan tayar kemudian lihat samaada masih ada ruang lagi tak antara tayar dengan absober spring supaya tidak bersentuhan dengan body fender kereta.( tayar tidak bergesel dengan body)
-Selepas itu, pusing tayar kekiri dan kekanan untuk mengukur selebar mana pusingan tayar itu (supaya tak touching pula pada dinding dalaman ruang tayar)

kalau guna sport rim besar sangat dan tayar tebal sangat maka rapat la tayar dengan fender tu. Kereta jadi tinggi...jadi secara otomatik pusat gravity pun tinggi jugak tak stabil tuh... tapi kalau guna tayar tipis kecil maka jauh la sikit jarak antara tayar dan fender..Tapi risiko pakai tayar nipis ni Kalau langgar lubang sekejap aje meletop tayar tu dan sport rim cepat bengkok..

Kalau guna Sport rim ni absober dan spring perlu berpadanan kerana ia sangat penting bagi sesebuah kereta. Jika ia rosak, kenderaan ibarat kereta kuda yang melantun-lantun hingga menyakitkan badan pemandu dan penumpangnya. Meskipun absober spring dianggap antara komponen panjang hayat, ia tidak semestinya tidak boleh rosak dalam jangka waktu singkat. Ketahanan penyerap hentakan sebenarnya banyak bergantung kepada cara pemandu mengendalikan kenderaannya. Jika pemandu itu kasar dan lasak, pastilah penyerap hentakan mudah rosak dan tidak tahan lama. Sebagai contoh, pemandu yang kasar tidak akan memperlahankan keretanya jika ternampak lubang atau penghadang jalan. Selain itu, penyerap hentakan menjadi lemah jika sering membawa muatan berlebihan. Penyerap hentakan yang tidak berfungsi dengan sempurna boleh mengakibatkan kenderaan hilang keseimbangan.

4- Sebenarnya saiz sport rim perlu berdasarkan standard power kereta sebab bering roda, mounting dan drive shaft tak cepat rosak kalau sport rim nya sesuai!..Andai kata jua nak tukar sport rim yang jauh lebih besar ( 16 inch...17 inch ) maka bering asal kena tukar sebaik mungkin sebabnya bering asal itu pasti tidak mampu bertahan lama. Jika guna sport rim yang terlampau besar ada berkemungkinan drive shaft tak dapat nak sesuai, memendekkan jangka hayat peralatan penyerap hentak, lalu aligment susah masuk, serta kesan pada stereng. semua undercharge bush dan arm dan balljoint habis kena tukar

5-Semua Jenis Sportrim sama ada kereta apa pun standard dia mengikut size dan stud pattern/PCD pattern (jarak antara 1 pemegang skru sama lain)
P.C.D = Pitch Circle Diameter - bolt pattern untuk wheel tersebut Ini dikira daripada center of the bolt hole atau saiz Nut
Contoh 4x100, ini bermaksud 4 lugs dengan 100mm diameter dari tengah bolt ke tengah bolt yang bertentangan.

Sebenarnya lain kereta lain PCD & nombor lugs mengikut jenis kereta masing-masing. So kalau boleh jangan gatal ubah lebih-lebih semata-mata nak masuk rim pilihan hati tanpa mengambil kira aspek keselamatan.. contoh dari tukar PCD 100 (Wira, satria, putra, Honda civic) kepada PCD114 ( Saga/Iswara, perdana, gallant,evo 1,2 & 3)
_______________________________
6- Perlu pastikan ukuran OFFSET bersesuaian... Offset ni maksudnya jarak daripada tengah RIM tersebut ke permukaan. Secara tidak langsung offset ini dapat ditentukan sedalam tayar tersebut.
Contohnya
a) +40 : positif offset, spoke lebih dekat ke permukaan luar, tetapi Tayar lagi ke dalam pada wheel arch kita.
b) +20 : spoke rim tersebut lebih ke dalam, rim tersebut kelihatan berbentuk cengkung ke dalam.

Ukurun lain : Kelebaran & saiz rim. Kelebaran rim ini diambil daripada Inner lip ke inner lip, dan bukannya dari ukuran daripada luar. Secara amnya Rim tersebut besar sedikit daripada ukuran saiznya, mungkin dalam 1”

Selalunya masalah timbul bila kita upsize rim tu daripada standard, contohnya standard pakai 14" kita nak pakai 16", offset tu kena betul, kalau tak memang ada possibility tayar akan bergesel dengan wheel arch, absorber cover. Tapi kalau tak teruk sangat kita boleh selesaikan degan bubuh spacer, tapi kena jugak tukar bolt pada wheel hub tu kepada yang lebih panjang so boleh pastikan cukup dalam thread pada nut nanti.

7- Jika mempunyai sport rim yang berat, ia mengurangkan daya pecutan, sekali gus menambah penggunaan petrol.Performent kereta korang juga mungkin berkurangan juga.. kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat.
_

8- Perlu diberi tumpuan, memastikan lubang skru pada sport rim sesuai dengan kereta kerana sesetengah model mempunyai lebih daripada empat skru.

9- Jika membeli rim terpakai, pastikan ia tidak retak atau bengkok kerana boleh mendatangkan risiko kepada pemandu dan penumpang. Menggunakan rim bengkok juga menyebabkan bunga tayar haus secara tidak rata, manakala rim retak pula boleh menyebabkan ia pecah ketika melalui jalan berlubang atau terhentak pada bonggol

10- Mencari corak/patern pada rim juga adalah penting kerana kesilapan memilih patern rim akan mencacatkan keunikan dan kecantikkan kenderaan itu sendiri. actually, sport rim design ni subjektif. terpulang jua pada kereta. Ade kereta yang tak sesuai dengan lips, ade yang sesuai banyak jari. Ok ada gak yang akan mencari jenis rim yang mempunyai 2-piece mahupun 3-piece

11- Warna pada sport rim juga perlu sesuai dengan colour kereta selalunya sport rim yang ada berwarna Metal Grey, Genetic Silver, Bronze Garnet, Tranquility Black… Ada pulak yang suka guna warna chrome berkilat-kilat… ada gak yang guna hitam mati, kalau ada yang lebih berani nak nampak ranggi guna warna terang macam Chiffon Green atau Brilliant Red

12- Kebanyakkan pemilik adalah cenderung untuk mencari sport rim terpakai dan berjenama dan antara jenama yang menjadi rebutan adalah seperti JRD, advan,enkei,oz, spoon ,volk TE37 dan lain-lain.. Tapi pastikan sport rim anda original atau tidak..sebagai contoh First tengok harga kalau murah sangat pun pasti sudah jangka dan agak sangsi.berat pun main peranan, angkat sebelah tangan untuk rasa ringan atau tidak.dari segi original kalau rim jepun macam enkei ade cop timbul ada sticker kecik.tapi enkei, yang lokal takde .kalau jepun rim pada sebelah dalam ada cop made in japan.

13-Masalah terakhir adalah masalah kecurian Sport rim kereta.Pencuri ambik sport rim dan tayar dan ganti dengan batu bata, jadi nasihat saya gunalah Lock nut tire yang mempunyai bunga pembuka yang tak sama ngan pembuka tayar yang ade sekarang ni(allen key berlainan) yang pastinya kalau dia tak boleh buka tapi sukar untuk buka nut tayar tersebut.

14- Masalah sampingan terakhir adalah masalah bila setiba tayar pula bocor, lalu timbul pening ditengah jalan sebab tayar spare yang ada kat bonet belakang tu pulak kecik.Jadi kalau boleh tukar sekali dengan spare tayar yang ada.

nota kaki : Myvi Sport rim boleh masuk kat dengan Wira sebab kedudukan lubang nutnya secara kebetulan adalah sama.

Live Chat - Online Now

Live chat - order car parts online